Tuesday 27 July 2010

Laporan Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang

1.0: PENGENALAN
Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang merupakan pertandingan yang julung kalinya diadakan di UiTM Sarawak. Pertandingan yang telah disertai oleh kontinjen daripada kebanyakan cawangan UiTM sendiri serta satu kontijen bukan dari kalangan UiTM iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Pertandingan ini dianjurkan dengan hasrat agar dapat melahirkan pendebat yang mahir dalam kalangan siswazah. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program ini amat bertepatan dengan hasrat UiTM Johor sendiri yang untuk melahirkan siswazah yang berdaya saing serta dapat membina modal insan yang berkualiti. Hal ini juga dapat membina keyakinan diri dan personaliti unggul dalam kalangan siswazah UiTM Johor.

2.0: OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan siswazah.
2.2 Melahirkan pendebat yang berkualiti dan berkarisma.
2.3 Membina keyakinan diri serta sifat daya saing.
2.4 Membudayakan aktiviti debat dalam kalangan siswazah.
2.5 Menyatupadukan siswazah dalam persekitaran persaingan yang sihat.

3.0: ANJURAN
UiTM cawangan Kota Samarahan, Sarawak

4.0: NAMA PROJEK
Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang

5.0: LOKASI
Auditorium 1 (Debat Bahasa Melayu)
Auditorium 2 (Debat Bahasa Inggeris)

6.0: TARIKH
10 hingga 15 Mei 2010


7.0 LAPORAN PROGRAM

>11 Mei 2010
UiTM Johor - UiTM Sabah A (kalah) = margin 3
USUL: Perpecahan Kaum Tonggak Utama Kelemahan Integriti
SIDANG 2:
UiTM Perlis B - Uitm Johor (kalah) = margin 3
USUL: Perpaduan Kaum: Teras Gagasan 1 Malaysia
SIDANG 3:
UiTM Johor - UiTM Perlis A (menang) = margin 4
USUL: Perbalahan Parti Politik Hanya Pencetus Kepada Perbalahan Kaum

12 Mei 2010
SIDANG 4:
UiTM Perak - UiTM Johor (menang) = margin 8
Pendebat Terbaik-Norzulaika Zainal Abidin (UiTM, Johor)
USUL: Perpaduan Di Malaysia Semakin Goyah
SIDANG 5:
UiTM Johor - UIAM B (kalah) = margin 9.33
USUL: 1 Malaysia Hanya Dagangan Politik
SUKU AKHIR:
UIAM A - UiTM Johor (kalah) = margin 5.33
USUL: Perpaduan Kaum: Impian Atau Angan-Angan
13 MEI 2010
SEPARUH AKHIR:
UIA A – UiTM Sabah B (UIA menang dengan margin 3.33)
USUL:
UiTM Sabah A – UiTM Sarawak (UiTM Sabah menang dengan margin 2)
USUL:
Satu Malaysia pemangkin pembentukan negara bangsa
AKHIR:
UiTM Sabah A - UIA A
USUL:
Masalah Perpaduan Negara: Ahli Politik Puncanya.
Pertandingan akhirnya memihak kepada UIA A dengan margin tipis 3. Perlawanan dilihat agak sengit dengan kedua-dua pasukan sentiasa berusaha mahu menegakkan kes masing-masing. Manakala pendebat terbaik diberikan kepada Muhd Reza daripada UIA.


8.0: PENUTUP
Ucapan tahniah harus diberikan kepada tuan rumah kerana walaupun baru pertama kali mengadakan pertandingan ini namun ianya boleh dianggap berjaya. Walaupun banyak kesilapan teknikal yang dilakukan mungkin kerana tidak pernah mengendalikan program seperti ini namun pujian harus diberikan kerana setiap exco dan juga sukarelawan telah memberikan komitmen yang sangat tinggi.

-UiTM Segamat, kampus dalam taman-
“Kearah universiti bertaraf dunia”

Dalam usahasama untuk mencapai Anugerah Kualiti Naib Canselor

Sekian,
Terima Kasih


KELAB DEBAT DAN PIDATO
UITM SEGAMAT JOHOR

Sunday 11 July 2010

Introduction



A platform for voices, arguments, opinions, updates, criticisms, thoughts, praises, compliments and antics to be shared with, thrown around and passed on.

Welcoming all former, current and future debaters of UiTM Johor. Oh and not forgetting, friends and supporters who are associated with this club or its members.