Tuesday 12 July 2011

PERTANDINGAN PIDATO PIALA REKTOR 2011

Kelab Debat & Pidato pada semester ini menganjurkan pertandingan pidato pula! Selalunya asyik debat sahaja kan. 

Pidato tu bagaimana pula bentuk rupa nya? Cantik kah? "Handsome" kah? Ha. Nak tahu tak? Datanglah ke program kami pada 13 Julai untuk saringan. dan 26 Julai untuk pertandingan akhir.

Peserta terdiri oleh wakil dari setiap course dan juga setiap kolej. Jadi, apa yang kamu nantikan lagi, datang lah beramai-ramai untuk sokong course anda atau kolej anda bagi memeriahkan lagi suasana!

Program akan bermula pada pukul 8.30pm di Speaker Corner. Cop akan disediakan. Jangan risau!


Monday 11 July 2011

Laporan AGM KDP 2011



LATAR BELAKANG PROGRAM

Tempat  : LT 2
Tarikh   :20 Jun 2011
Masa :8.30 -10.30 pm




Annual General Meeting (AGM) merupakan aktiviti wajib kami pada setiap semester. Ia telah disertai oleh pendebat Bahasa Malaysia dan juga pendebat Bahasa Inggeris. Program ini dianjurkan untuk memperkenalkan pada ahli kelab debat kepada barisan exco dan penasihat. Tambahan lagi, program ini juga bertujuan untuk memberitahu kepada ahli kelab debat tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Terdapat dua kategori debat iaitu debat bahasa melayu dan debat bahasa inggeris. Pelajar berpeluang mendalami atau memilih kategori debat yang mereka ingin sertai. Program ini amat bertepatan dengan hasrat UiTM Johor sendiri yang ingin melahirkan siswazah yang berdaya saing serta dapat membina modal insan yang berkualiti. Hal ini juga dapat membina keyakinan diri dan personaliti unggul dalam kalangan siswazah UiTM Johor.

-----

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Hidzir. Lebih kurang seramai 250 orang telah hadir pada AGM kali ini.Pengerusi Majlis ialah Norazah dan Mohd Farouq

Selepas itu pada jam 9.00malam majlis diteruskan dengan persembahan multimedia serta  ucapan presiden kelab iaitu saudari Nur Amalina bt Zainal. 

Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan slot permainan debat bahasa melayu. Pada sesi ini kami memilih pendebat-pendebat baru ke hadapan pentas bagi berucap tentang tajuk-tajuk yang diberi bagi melihat kebijaksanaan mereka menghuraikan fakta dan hujah. Tepat jam 9.30malam majlis diserikan lagi dengan ucapan dari penasihat kelab iaitu Puan Shahirah Bt Abdul Malik. 

Majlis diteruskan lagi dengan demo debat bahasa inggeris yang bertajuk “This House Believe That There Is No Life in UiTM ”. Slot ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan para hadirin yang hadir. Majlis kemudian berakhir pada 10.30pm dan para pelajar yang hadir telah diberikan cop aktiviti.


Laporan penuh untuk HEP di link ini ---> Laporan AGM KDP 2011

Sunday 10 July 2011

Perlawanan Persahabatan Debat Antara UiTM Larkin & UiTM Segamat

Pada 9 Julai 2011, KDP UiTM Segamat dijemput oleh UiTM Larkin untuk perlawanan persahabatan debat di UiTM Larkin, Johor Bahru. 

Untuk makluman anda, UiTM Larkin telah menganjurkan program Minggu Ilmu di kampus mereka dimana antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan debat. 

Kami telah menghantar sebanyak 20 orang penyokong dan seorang pengiring (Encik Nazri) bagi menyemarakkan lagi suasana dan memberi sokongan yang tinggi kepada pasukan debat.



Selain itu, kami juga menghantar seorang pemidato iaitu Ungku Aqilah sebagai penyeri majlis malam tersebut.


Pasukan debat UiTM Segamat iaitu terdiri Ariff Khan, Hidzir @ Zack, Azzah @ Merah telah menjadi johan dengan usul perlawanan debat yang berbunyi " KEBEBASAN SUARA, NEGARA MERANA".


Tahniah kepada Kelab Debat UiTM Segamat dengan kemenangan yang membanggakan dan juga tahniah kepada UiTM Larkin atas satu perdebatan yang amat menarik. Serta terima kasih kerana telah menjemput kami. 


Selain itu, kami juga amat terhibur dengan persembahan dari kelab seni budaya UiTM Larkin dengan nama "glamour" nya ialah THEMA. Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih.



p/s- Laporan penuh untuk HEP akan di "upload"


Amalina
"Knowledge is Power"

Wednesday 6 July 2011

Rokok 'makanan' Rakyat Miskin

Salam hormat pembaca sekalian,

Rokok ‘makanan’ Rakyat Miskin.. mendalam maksudnya. Okay, mari kita kupas apa yang dimaksudkannya. Bairpun kajian ini berkisar di area kota besar Jakarta, tapi sedikit sebanyak sama juga kesannya terhadap perokok keseluruhannya terutamanya Perokok Tegar.

Kajian tersebut mendapati penduduk miskin bandar menghabiskan 25.44 peratus pendapatan mereka membeli beras manakala penduduk miskin luar bandar membelanjakan 32.81 peratus. Manakala penduduk bandar menghabiskan 7.7 peratus wang membeli rokok, warga luar bandar pula membelanjakan 6.3 peratus. Perbelanjaan membeli rokok adalah yang kedua tertinggi yang diutamakan di kalangan penduduk negara itu selepas beras sedangkan Rokok bukanlah makanan berkhasiat. Malah membahayakan lagi kesihatan si perokok dan orang di sekeliling mereka.

Lebih menyedihkan lagi apabila sebilangan keluarga lebih mengutamakan membeli tembakau berbanding menghantar anak ke sekolah. Mungkin ia satu-satunya cara mereka bergembira dan melupakan tekanan hidup. Penduduk miskin mempunyai banyak masa terluang, mereka bersembang untuk menghabiskan masa dan merokok sebahagian daripada tabiat diamalkan. Perbuatan itu juga cara melarikan diri mereka daripada hakikat dan kenyataan namun telah menjadikan mereka bertambah miskin.



Isu utamanya, Siapakah yang harus dipersalahkan terjadinya fenomena ini? Penduduk diberi laluan menghisap rokok. Ditambah pula dengan lambakan iklan rokok yang disiarkan secara besar-besaran melalui media massa mereka tetapi tiada satu pun iklan larangan merokok yang berkesan. Kanak-kanak juga mula merokok sejak di tadika, sesuatu yang tidak terlihat di negara lain.



Adakah dengan Zon Bebas Asap Rokok dapat memberikan impak? atau hanyalah mimpi indah sahaja?


Sumber: http://eiz1004.upprofits.com/rokok-makanan-rakyat-miskin/#ixzz1RKJZS4Mu


Amalina
" Believing that you can, will erase impossibility in you"

Tuesday 5 July 2011

Laporan 'Debate Roadshow' 2011 (Semester Jun- Okt)

Debat roadshow terbuka merupakan aktiviti asas kelab debat dan pidato untuk semester ini. Ia telah disertai oleh pendebat Bahasa Malaysia, pendebat Bahasa Inggeris dan juga pidato. Program ini dianjurkan untuk menarik minat pelajar-pelajar baru dan juga pelajar yang berminat untuk berdebat dan berpidato. Tambahan ini juga, program ini juga di jalankan adalah bertujuan untuk mengasah bakat berdebat di antara ahli-ahli kelab debat dan pidato. 
LATAR BELAKANG PROGRAM

Saringan debat bahasa inggeris dan debat bahasa melayu :


Tempat  :Parking lot LT
Tarikh   :16 Jun 2011
Masa :8.30 -10.30 pm
---------

Roadshow Debat Terbuka 2011 ini bermula pada pukul 8.30 malam dan dipengerusikan oleh NorZulaika Bt Zainal Abidin. Debat bahasa inggeris memulakan perdebatan dengan usul yang bertajukWomen makes better husbands than men”.



Barisan kerajaan/Government
Perdana Menteri: Amalina
Timbalan Perdana Menteri: Bella
Pendebat ketiga: Zarul


Barisan pembangkang/opposition
Ketua pembangkang: Atikah
Timbalan ketua pembangkang: Farouk
Pembangkang ketiga: Hani


Kemenangan berpihak pada barisan pembangkang
------


Debat bahasa melayu pula berdebat dengan usul yang bertajuk Poligami Harus di sokong”.


Barisan kerajaan
Perdana Menteri: Faizal
Timbalan Perdana Menteri: Haniff
Pendebat ketiga: Norazah


Barisan Pembangkang
Ketua Pembangkang: Syukri
Timbalan Ketua Pembangkang: Anis
Pembangkang ketiga: Zhafran


Kemenangan berpihak pada Barisan Pembangkang.
------
Aktiviti diteruskan lagi dengan acara berpidato dan Public Speaking  yang bertajuk  “Insan  cemerlang negara gemilang”  dan “You are the only exception” disampaikan oleh  saudari Ungku Nor Aqilah Bt Ungku Azmi dan Nur Amalina Bt Zainal. Tepat pada pukul 10.40 malam, acara di akhiri dengan penutupan roadshow debat terbuka oleh pengerusi majlis iaitu saudari NorZulaika Bt Zainal Abidin.

Yang Melaporkan,
Farina
(Naib Setiausaha KDP)

p/s- Laporan Penuh Untuk Rekod HEP ,