Saturday 26 November 2011

DEBATE TRAINING

Hi guys. I would like to inform you guys that Kelab Debat & Pidato is going to have a weekly debate training for those who is interested to try debating and public speaking.

Don’t worry about not knowing how to debate; we will guide you.

English Debate Training/ Class will be held every Tuesday at USPP(T). From 8.00 pm till 10.30pm.

BM Debate Training/ Class will be held every Wednesday at AV2. From 8.00 pm till 10.30pm as well.

If you feel like improving your communication skills and critical thinking as well as self confidence, come and join us!

Friday 26 August 2011

seLaMat Hari RaYaaaa!


Selamat hari raya,
Aidilfitri mulia.
Ampun maaf dipinta,
Mensuci hening dosa..setahun menghilang,
Sekarang menjelang...bla..bla.
(sambung sendiri ye!!)

Kami dari Kelab Debat & Pidato UiTM Johor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua warga UiTM Segamat..Maaf zahir & batin!!!

Semoga gembira disamping buku dan past year untuk menghadapi Final yang bakal menjelma..makan kuih sambil study!!(mampu??)
= Semoga berbahagia bersama keluarga guyz..!!!!!!!
                       
                                     salam ikhlas dari:
                                                









Wednesday 17 August 2011

KENYALANG DEBATE OPEN 2011

Hye guyz..Selamat Berpuasa kepada semua KDP members and Selamat Hari Raya yang bakal menjelma...

Untuk pengetahuan semua,, pada 28 Oct untill 1 Nov 2011 ini, kami pendebat-pendebat UiTM Johor akan terbang ke Kenyalang Sarawak bagi memberikan saingan pada Pertandingan Kenyalang Debate Open 2011..Sarawak we coming!!!!!!!!!..hahaha:) terlalu teruja..

Kami memohon doa semua semoga kami dapat membawa kejayaan pulang kejayaan ke bumi Segar- amat ini...chaiyoookk pendebat Johor..Amin:

Tuesday 12 July 2011

PERTANDINGAN PIDATO PIALA REKTOR 2011

Kelab Debat & Pidato pada semester ini menganjurkan pertandingan pidato pula! Selalunya asyik debat sahaja kan. 

Pidato tu bagaimana pula bentuk rupa nya? Cantik kah? "Handsome" kah? Ha. Nak tahu tak? Datanglah ke program kami pada 13 Julai untuk saringan. dan 26 Julai untuk pertandingan akhir.

Peserta terdiri oleh wakil dari setiap course dan juga setiap kolej. Jadi, apa yang kamu nantikan lagi, datang lah beramai-ramai untuk sokong course anda atau kolej anda bagi memeriahkan lagi suasana!

Program akan bermula pada pukul 8.30pm di Speaker Corner. Cop akan disediakan. Jangan risau!


Monday 11 July 2011

Laporan AGM KDP 2011



LATAR BELAKANG PROGRAM

Tempat  : LT 2
Tarikh   :20 Jun 2011
Masa :8.30 -10.30 pm




Annual General Meeting (AGM) merupakan aktiviti wajib kami pada setiap semester. Ia telah disertai oleh pendebat Bahasa Malaysia dan juga pendebat Bahasa Inggeris. Program ini dianjurkan untuk memperkenalkan pada ahli kelab debat kepada barisan exco dan penasihat. Tambahan lagi, program ini juga bertujuan untuk memberitahu kepada ahli kelab debat tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Terdapat dua kategori debat iaitu debat bahasa melayu dan debat bahasa inggeris. Pelajar berpeluang mendalami atau memilih kategori debat yang mereka ingin sertai. Program ini amat bertepatan dengan hasrat UiTM Johor sendiri yang ingin melahirkan siswazah yang berdaya saing serta dapat membina modal insan yang berkualiti. Hal ini juga dapat membina keyakinan diri dan personaliti unggul dalam kalangan siswazah UiTM Johor.

-----

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Hidzir. Lebih kurang seramai 250 orang telah hadir pada AGM kali ini.Pengerusi Majlis ialah Norazah dan Mohd Farouq

Selepas itu pada jam 9.00malam majlis diteruskan dengan persembahan multimedia serta  ucapan presiden kelab iaitu saudari Nur Amalina bt Zainal. 

Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan slot permainan debat bahasa melayu. Pada sesi ini kami memilih pendebat-pendebat baru ke hadapan pentas bagi berucap tentang tajuk-tajuk yang diberi bagi melihat kebijaksanaan mereka menghuraikan fakta dan hujah. Tepat jam 9.30malam majlis diserikan lagi dengan ucapan dari penasihat kelab iaitu Puan Shahirah Bt Abdul Malik. 

Majlis diteruskan lagi dengan demo debat bahasa inggeris yang bertajuk “This House Believe That There Is No Life in UiTM ”. Slot ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan para hadirin yang hadir. Majlis kemudian berakhir pada 10.30pm dan para pelajar yang hadir telah diberikan cop aktiviti.


Laporan penuh untuk HEP di link ini ---> Laporan AGM KDP 2011

Sunday 10 July 2011

Perlawanan Persahabatan Debat Antara UiTM Larkin & UiTM Segamat

Pada 9 Julai 2011, KDP UiTM Segamat dijemput oleh UiTM Larkin untuk perlawanan persahabatan debat di UiTM Larkin, Johor Bahru. 

Untuk makluman anda, UiTM Larkin telah menganjurkan program Minggu Ilmu di kampus mereka dimana antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan debat. 

Kami telah menghantar sebanyak 20 orang penyokong dan seorang pengiring (Encik Nazri) bagi menyemarakkan lagi suasana dan memberi sokongan yang tinggi kepada pasukan debat.



Selain itu, kami juga menghantar seorang pemidato iaitu Ungku Aqilah sebagai penyeri majlis malam tersebut.


Pasukan debat UiTM Segamat iaitu terdiri Ariff Khan, Hidzir @ Zack, Azzah @ Merah telah menjadi johan dengan usul perlawanan debat yang berbunyi " KEBEBASAN SUARA, NEGARA MERANA".


Tahniah kepada Kelab Debat UiTM Segamat dengan kemenangan yang membanggakan dan juga tahniah kepada UiTM Larkin atas satu perdebatan yang amat menarik. Serta terima kasih kerana telah menjemput kami. 


Selain itu, kami juga amat terhibur dengan persembahan dari kelab seni budaya UiTM Larkin dengan nama "glamour" nya ialah THEMA. Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih.



p/s- Laporan penuh untuk HEP akan di "upload"


Amalina
"Knowledge is Power"