Showing posts with label laporan hep. Show all posts
Showing posts with label laporan hep. Show all posts

Monday, 11 July 2011

Laporan AGM KDP 2011



LATAR BELAKANG PROGRAM

Tempat  : LT 2
Tarikh   :20 Jun 2011
Masa :8.30 -10.30 pm




Annual General Meeting (AGM) merupakan aktiviti wajib kami pada setiap semester. Ia telah disertai oleh pendebat Bahasa Malaysia dan juga pendebat Bahasa Inggeris. Program ini dianjurkan untuk memperkenalkan pada ahli kelab debat kepada barisan exco dan penasihat. Tambahan lagi, program ini juga bertujuan untuk memberitahu kepada ahli kelab debat tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Terdapat dua kategori debat iaitu debat bahasa melayu dan debat bahasa inggeris. Pelajar berpeluang mendalami atau memilih kategori debat yang mereka ingin sertai. Program ini amat bertepatan dengan hasrat UiTM Johor sendiri yang ingin melahirkan siswazah yang berdaya saing serta dapat membina modal insan yang berkualiti. Hal ini juga dapat membina keyakinan diri dan personaliti unggul dalam kalangan siswazah UiTM Johor.

-----

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Hidzir. Lebih kurang seramai 250 orang telah hadir pada AGM kali ini.Pengerusi Majlis ialah Norazah dan Mohd Farouq

Selepas itu pada jam 9.00malam majlis diteruskan dengan persembahan multimedia serta  ucapan presiden kelab iaitu saudari Nur Amalina bt Zainal. 

Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan slot permainan debat bahasa melayu. Pada sesi ini kami memilih pendebat-pendebat baru ke hadapan pentas bagi berucap tentang tajuk-tajuk yang diberi bagi melihat kebijaksanaan mereka menghuraikan fakta dan hujah. Tepat jam 9.30malam majlis diserikan lagi dengan ucapan dari penasihat kelab iaitu Puan Shahirah Bt Abdul Malik. 

Majlis diteruskan lagi dengan demo debat bahasa inggeris yang bertajuk “This House Believe That There Is No Life in UiTM ”. Slot ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan para hadirin yang hadir. Majlis kemudian berakhir pada 10.30pm dan para pelajar yang hadir telah diberikan cop aktiviti.


Laporan penuh untuk HEP di link ini ---> Laporan AGM KDP 2011

Tuesday, 5 July 2011

Laporan 'Debate Roadshow' 2011 (Semester Jun- Okt)

Debat roadshow terbuka merupakan aktiviti asas kelab debat dan pidato untuk semester ini. Ia telah disertai oleh pendebat Bahasa Malaysia, pendebat Bahasa Inggeris dan juga pidato. Program ini dianjurkan untuk menarik minat pelajar-pelajar baru dan juga pelajar yang berminat untuk berdebat dan berpidato. Tambahan ini juga, program ini juga di jalankan adalah bertujuan untuk mengasah bakat berdebat di antara ahli-ahli kelab debat dan pidato. 
LATAR BELAKANG PROGRAM

Saringan debat bahasa inggeris dan debat bahasa melayu :


Tempat  :Parking lot LT
Tarikh   :16 Jun 2011
Masa :8.30 -10.30 pm
---------

Roadshow Debat Terbuka 2011 ini bermula pada pukul 8.30 malam dan dipengerusikan oleh NorZulaika Bt Zainal Abidin. Debat bahasa inggeris memulakan perdebatan dengan usul yang bertajukWomen makes better husbands than men”.



Barisan kerajaan/Government
Perdana Menteri: Amalina
Timbalan Perdana Menteri: Bella
Pendebat ketiga: Zarul


Barisan pembangkang/opposition
Ketua pembangkang: Atikah
Timbalan ketua pembangkang: Farouk
Pembangkang ketiga: Hani


Kemenangan berpihak pada barisan pembangkang
------


Debat bahasa melayu pula berdebat dengan usul yang bertajuk Poligami Harus di sokong”.


Barisan kerajaan
Perdana Menteri: Faizal
Timbalan Perdana Menteri: Haniff
Pendebat ketiga: Norazah


Barisan Pembangkang
Ketua Pembangkang: Syukri
Timbalan Ketua Pembangkang: Anis
Pembangkang ketiga: Zhafran


Kemenangan berpihak pada Barisan Pembangkang.
------
Aktiviti diteruskan lagi dengan acara berpidato dan Public Speaking  yang bertajuk  “Insan  cemerlang negara gemilang”  dan “You are the only exception” disampaikan oleh  saudari Ungku Nor Aqilah Bt Ungku Azmi dan Nur Amalina Bt Zainal. Tepat pada pukul 10.40 malam, acara di akhiri dengan penutupan roadshow debat terbuka oleh pengerusi majlis iaitu saudari NorZulaika Bt Zainal Abidin.

Yang Melaporkan,
Farina
(Naib Setiausaha KDP)

p/s- Laporan Penuh Untuk Rekod HEP , 

Saturday, 26 March 2011

Laporan Pertandingan Debat Piala Seri Wacana 2011


Pertandingan Debat Piala Sri Wacana adalah antara program tahunan yang diadakan oleh Kelab Debat dan Pidato (KDP) yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pelajar UiTM Johor didalam debat. Selain itu, pertandingan ini bertujuan melahirkan pendebat yang berkualiti dan berkarisma serta membina keyakinan diri di dalam setiap pendebat dan berdaya saing. Pertandingan ini juga bertujuan membudayakan aktiviti debat di UiTM Johor dan melahirkan siswa yang berfikiran kritikal.

Program ini telah diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2011 bersempena minggu terbuka kolej (MITEK). Saringan debat Bahasa Inggeris telah berlangsung di Blok Usahawan, dan saringan debat Bahasa Malaysia telah berlangsung di Blok Cendekiawan. Bagi peringkat separuh akhir dan akhir, pertandingan debat bagi Debat BI & BM, telah diadakan di Speaker Corner, UiTM Segamat Johor.

Para peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar yang mewakili kolej masing-masing serta pelajar yang mewakili Persatuan Akademik masing-masing.

Pendebat dari Kolej Taming Sari


Finalis bagi pertandingan akhir Debat BM ialah Diploma Pengurusan Maklumat dan Kolej Taming Sari. Bagi Debat BI ialah wakil kelas Diploma Pelaburan Analisis dan Diploma Perakaunan.

Johan Debat BM (DIIM)

Johan bagi Debat Bahasa Malaysia merupakan pelajar dari Diploma Pengurusan Maklumat. Manakala johan bagi Debat Bahasa Inggeris merupakan pelajar dari kelas Diploma Perakaunan.

 Wakil Johan Debat BI ( DIA)

Secara kesuluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga program ini akan diadakan lagi pada tahun akan datang.


Disediakan oleh,
(Nabihah Binti Zakariah)
Setiausaha,
Pertandingan Debat Piala Sri Wacana 2011



Laporan penuh untuk pihak HEA, sila klik link ini.

Friday, 6 August 2010

Laporan 'Debate Roadshow'

1.0: PENGENALAN



Debate Roadshow merupakan aktiviti pertama kami untuk semester ini. Ia telah disertai oleh pendebat Bahasa Malaysia dan juga pendebat Bahasa Inggeris. Program ini dianjurkan untuk menarik minat pelajar-pelajar baru dan juga pelajar yang berminat untuk berdebat. Tambahan lagi, program ini juga bertujuan untuk mengasah bakat berdebat di antara ahli kelab debat.Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program ini amat bertepatan dengan hasrat UiTM Johor sendiri yang ingin melahirkan siswazah yang berdaya saing serta dapat membina modal insan yang berkualiti. Hal ini juga dapat membina keyakinan diri dan personaliti unggul dalam kalangan siswazah UiTM Johor.


2.0: OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan siswazah.

2.2 Melahirkan pendebat yang berkualiti dan berkarisma.
2.3 Membina keyakinan diri serta sifat daya saing.
2.4 Membudayakan aktiviti debat dalam kalangan siswazah.
2.5 Menyatupadukan siswazah dalam persekitaran persaingan yang sihat.


3.0: ANJURAN
Kelab Debat dan Pidato, UiTM Johor


4.0: NAMA PROJEK
Debate Roadshow



5.0: LOKASI
Dewan Sri Peria
Parking Lot LT


6.0: TARIKH
20 & 22 Julai 2010




7.0 LAPORAN PROGRAM


20 Julai 2010


-->
Debat Bahasa Melayu memulakan perdebatan dengan usul yang bertajuk " Isu Pembuangan Bayi: Salah Wanita "


Pengerusi Majlis- Pin


Barisan Kerajaan:
Perdana Menteri- Faiz Adenan
Timb Perdana Menteri- Hanif
Pendebat ketiga- Merah


Barisan Pembangkang:
Ketua Pembangkang-
Pembangkang Kedua- Eya
Pembangkang Ketiga- Biha


Kemenangan berpihak kepada barisan pembangkang.


-->
Debat Bahasa Inggeris pula berdebat dengan tajuk " This House Will Ban Artist From Having Their Own Porn Videos "


Pengerusi Majlis- Amalina


Barisan Kerajaan/Government:
Perdana Menteri- Anisah
Timb Perdana Menteri- Eka




Barisan Pembangkang/Opposition:
Ketua Pembangkang- Adi
Pembangkang Kedua- Buster


Debat Bahasa Inggeris cuma ada dua pendebat sahaja di dalam satu kumpulan kerana mereka menggunakan 'British Parliamentary Style"


---------------------------------------------------------


22 Julai 2010


-->
Debat Bahasa Inggeris memulakan perdebatan dengan usul yang bertajuk " This House Believe That Men Should Love FIFA more than Women"


Pengerusi Majlis- Anisah


Barisan Kerajaan/Government:
Perdana Menteri- Adi
Timb Perdana Menteri- Buster




Barisan Pembangkang/Opposition:
Ketua Pembangkang- Amalina
Pembangkang Kedua- Iliana






-->
Debat Bahasa Melayu pula berdebat dengan tajuk " Isu Pembuangan Bayi: Salah Lelaki "


Pengerusi Majlis- Zulaikha


Barisan Kerajaan:
Perdana Menteri- Faiz Adenan
Timb Perdana Menteri- Hanif
Pendebat ketiga- Merah


Barisan Pembangkang:
Ketua Pembangkang-
Pembangkang Kedua- Eya
Pembangkang Ketiga- Biha




8.0 GAMBAR-GAMBAR


20 JULAI 2010





22 JULAI 2010





9.0: PENUTUP


Ucapan tahniah harus diberikan kepada penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

-UiTM Segamat, kampus dalam taman-
“Kearah universiti bertaraf dunia”

Dalam usahasama untuk mencapai Anugerah Kualiti Naib Canselor

Sekian,
Terima Kasih




Yang Melaporkan,
Nur Amalina bt Zainal
DIIA/3


KELAB DEBAT DAN PIDATO
UITM SEGAMAT JOHOR

Tuesday, 27 July 2010

Laporan Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang

1.0: PENGENALAN
Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang merupakan pertandingan yang julung kalinya diadakan di UiTM Sarawak. Pertandingan yang telah disertai oleh kontinjen daripada kebanyakan cawangan UiTM sendiri serta satu kontijen bukan dari kalangan UiTM iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Pertandingan ini dianjurkan dengan hasrat agar dapat melahirkan pendebat yang mahir dalam kalangan siswazah. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program ini amat bertepatan dengan hasrat UiTM Johor sendiri yang untuk melahirkan siswazah yang berdaya saing serta dapat membina modal insan yang berkualiti. Hal ini juga dapat membina keyakinan diri dan personaliti unggul dalam kalangan siswazah UiTM Johor.

2.0: OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan siswazah.
2.2 Melahirkan pendebat yang berkualiti dan berkarisma.
2.3 Membina keyakinan diri serta sifat daya saing.
2.4 Membudayakan aktiviti debat dalam kalangan siswazah.
2.5 Menyatupadukan siswazah dalam persekitaran persaingan yang sihat.

3.0: ANJURAN
UiTM cawangan Kota Samarahan, Sarawak

4.0: NAMA PROJEK
Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang

5.0: LOKASI
Auditorium 1 (Debat Bahasa Melayu)
Auditorium 2 (Debat Bahasa Inggeris)

6.0: TARIKH
10 hingga 15 Mei 2010


7.0 LAPORAN PROGRAM

>11 Mei 2010
UiTM Johor - UiTM Sabah A (kalah) = margin 3
USUL: Perpecahan Kaum Tonggak Utama Kelemahan Integriti
SIDANG 2:
UiTM Perlis B - Uitm Johor (kalah) = margin 3
USUL: Perpaduan Kaum: Teras Gagasan 1 Malaysia
SIDANG 3:
UiTM Johor - UiTM Perlis A (menang) = margin 4
USUL: Perbalahan Parti Politik Hanya Pencetus Kepada Perbalahan Kaum

12 Mei 2010
SIDANG 4:
UiTM Perak - UiTM Johor (menang) = margin 8
Pendebat Terbaik-Norzulaika Zainal Abidin (UiTM, Johor)
USUL: Perpaduan Di Malaysia Semakin Goyah
SIDANG 5:
UiTM Johor - UIAM B (kalah) = margin 9.33
USUL: 1 Malaysia Hanya Dagangan Politik
SUKU AKHIR:
UIAM A - UiTM Johor (kalah) = margin 5.33
USUL: Perpaduan Kaum: Impian Atau Angan-Angan
13 MEI 2010
SEPARUH AKHIR:
UIA A – UiTM Sabah B (UIA menang dengan margin 3.33)
USUL:
UiTM Sabah A – UiTM Sarawak (UiTM Sabah menang dengan margin 2)
USUL:
Satu Malaysia pemangkin pembentukan negara bangsa
AKHIR:
UiTM Sabah A - UIA A
USUL:
Masalah Perpaduan Negara: Ahli Politik Puncanya.
Pertandingan akhirnya memihak kepada UIA A dengan margin tipis 3. Perlawanan dilihat agak sengit dengan kedua-dua pasukan sentiasa berusaha mahu menegakkan kes masing-masing. Manakala pendebat terbaik diberikan kepada Muhd Reza daripada UIA.


8.0: PENUTUP
Ucapan tahniah harus diberikan kepada tuan rumah kerana walaupun baru pertama kali mengadakan pertandingan ini namun ianya boleh dianggap berjaya. Walaupun banyak kesilapan teknikal yang dilakukan mungkin kerana tidak pernah mengendalikan program seperti ini namun pujian harus diberikan kerana setiap exco dan juga sukarelawan telah memberikan komitmen yang sangat tinggi.

-UiTM Segamat, kampus dalam taman-
“Kearah universiti bertaraf dunia”

Dalam usahasama untuk mencapai Anugerah Kualiti Naib Canselor

Sekian,
Terima Kasih


KELAB DEBAT DAN PIDATO
UITM SEGAMAT JOHOR