Saturday 26 March 2011

Laporan Pertandingan Debat Piala Seri Wacana 2011


Pertandingan Debat Piala Sri Wacana adalah antara program tahunan yang diadakan oleh Kelab Debat dan Pidato (KDP) yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pelajar UiTM Johor didalam debat. Selain itu, pertandingan ini bertujuan melahirkan pendebat yang berkualiti dan berkarisma serta membina keyakinan diri di dalam setiap pendebat dan berdaya saing. Pertandingan ini juga bertujuan membudayakan aktiviti debat di UiTM Johor dan melahirkan siswa yang berfikiran kritikal.

Program ini telah diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2011 bersempena minggu terbuka kolej (MITEK). Saringan debat Bahasa Inggeris telah berlangsung di Blok Usahawan, dan saringan debat Bahasa Malaysia telah berlangsung di Blok Cendekiawan. Bagi peringkat separuh akhir dan akhir, pertandingan debat bagi Debat BI & BM, telah diadakan di Speaker Corner, UiTM Segamat Johor.

Para peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar yang mewakili kolej masing-masing serta pelajar yang mewakili Persatuan Akademik masing-masing.

Pendebat dari Kolej Taming Sari


Finalis bagi pertandingan akhir Debat BM ialah Diploma Pengurusan Maklumat dan Kolej Taming Sari. Bagi Debat BI ialah wakil kelas Diploma Pelaburan Analisis dan Diploma Perakaunan.

Johan Debat BM (DIIM)

Johan bagi Debat Bahasa Malaysia merupakan pelajar dari Diploma Pengurusan Maklumat. Manakala johan bagi Debat Bahasa Inggeris merupakan pelajar dari kelas Diploma Perakaunan.

 Wakil Johan Debat BI ( DIA)

Secara kesuluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga program ini akan diadakan lagi pada tahun akan datang.


Disediakan oleh,
(Nabihah Binti Zakariah)
Setiausaha,
Pertandingan Debat Piala Sri Wacana 2011



Laporan penuh untuk pihak HEA, sila klik link ini.

No comments: