Monday 11 July 2011

Laporan AGM KDP 2011



LATAR BELAKANG PROGRAM

Tempat  : LT 2
Tarikh   :20 Jun 2011
Masa :8.30 -10.30 pm




Annual General Meeting (AGM) merupakan aktiviti wajib kami pada setiap semester. Ia telah disertai oleh pendebat Bahasa Malaysia dan juga pendebat Bahasa Inggeris. Program ini dianjurkan untuk memperkenalkan pada ahli kelab debat kepada barisan exco dan penasihat. Tambahan lagi, program ini juga bertujuan untuk memberitahu kepada ahli kelab debat tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Terdapat dua kategori debat iaitu debat bahasa melayu dan debat bahasa inggeris. Pelajar berpeluang mendalami atau memilih kategori debat yang mereka ingin sertai. Program ini amat bertepatan dengan hasrat UiTM Johor sendiri yang ingin melahirkan siswazah yang berdaya saing serta dapat membina modal insan yang berkualiti. Hal ini juga dapat membina keyakinan diri dan personaliti unggul dalam kalangan siswazah UiTM Johor.

-----

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Hidzir. Lebih kurang seramai 250 orang telah hadir pada AGM kali ini.Pengerusi Majlis ialah Norazah dan Mohd Farouq

Selepas itu pada jam 9.00malam majlis diteruskan dengan persembahan multimedia serta  ucapan presiden kelab iaitu saudari Nur Amalina bt Zainal. 

Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan slot permainan debat bahasa melayu. Pada sesi ini kami memilih pendebat-pendebat baru ke hadapan pentas bagi berucap tentang tajuk-tajuk yang diberi bagi melihat kebijaksanaan mereka menghuraikan fakta dan hujah. Tepat jam 9.30malam majlis diserikan lagi dengan ucapan dari penasihat kelab iaitu Puan Shahirah Bt Abdul Malik. 

Majlis diteruskan lagi dengan demo debat bahasa inggeris yang bertajuk “This House Believe That There Is No Life in UiTM ”. Slot ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan para hadirin yang hadir. Majlis kemudian berakhir pada 10.30pm dan para pelajar yang hadir telah diberikan cop aktiviti.


Laporan penuh untuk HEP di link ini ---> Laporan AGM KDP 2011

No comments: