Wednesday 6 July 2011

Rokok 'makanan' Rakyat Miskin

Salam hormat pembaca sekalian,

Rokok ‘makanan’ Rakyat Miskin.. mendalam maksudnya. Okay, mari kita kupas apa yang dimaksudkannya. Bairpun kajian ini berkisar di area kota besar Jakarta, tapi sedikit sebanyak sama juga kesannya terhadap perokok keseluruhannya terutamanya Perokok Tegar.

Kajian tersebut mendapati penduduk miskin bandar menghabiskan 25.44 peratus pendapatan mereka membeli beras manakala penduduk miskin luar bandar membelanjakan 32.81 peratus. Manakala penduduk bandar menghabiskan 7.7 peratus wang membeli rokok, warga luar bandar pula membelanjakan 6.3 peratus. Perbelanjaan membeli rokok adalah yang kedua tertinggi yang diutamakan di kalangan penduduk negara itu selepas beras sedangkan Rokok bukanlah makanan berkhasiat. Malah membahayakan lagi kesihatan si perokok dan orang di sekeliling mereka.

Lebih menyedihkan lagi apabila sebilangan keluarga lebih mengutamakan membeli tembakau berbanding menghantar anak ke sekolah. Mungkin ia satu-satunya cara mereka bergembira dan melupakan tekanan hidup. Penduduk miskin mempunyai banyak masa terluang, mereka bersembang untuk menghabiskan masa dan merokok sebahagian daripada tabiat diamalkan. Perbuatan itu juga cara melarikan diri mereka daripada hakikat dan kenyataan namun telah menjadikan mereka bertambah miskin.



Isu utamanya, Siapakah yang harus dipersalahkan terjadinya fenomena ini? Penduduk diberi laluan menghisap rokok. Ditambah pula dengan lambakan iklan rokok yang disiarkan secara besar-besaran melalui media massa mereka tetapi tiada satu pun iklan larangan merokok yang berkesan. Kanak-kanak juga mula merokok sejak di tadika, sesuatu yang tidak terlihat di negara lain.



Adakah dengan Zon Bebas Asap Rokok dapat memberikan impak? atau hanyalah mimpi indah sahaja?


Sumber: http://eiz1004.upprofits.com/rokok-makanan-rakyat-miskin/#ixzz1RKJZS4Mu


Amalina
" Believing that you can, will erase impossibility in you"

No comments: