Showing posts with label pidato. Show all posts
Showing posts with label pidato. Show all posts

Tuesday, 12 July 2011

PERTANDINGAN PIDATO PIALA REKTOR 2011

Kelab Debat & Pidato pada semester ini menganjurkan pertandingan pidato pula! Selalunya asyik debat sahaja kan. 

Pidato tu bagaimana pula bentuk rupa nya? Cantik kah? "Handsome" kah? Ha. Nak tahu tak? Datanglah ke program kami pada 13 Julai untuk saringan. dan 26 Julai untuk pertandingan akhir.

Peserta terdiri oleh wakil dari setiap course dan juga setiap kolej. Jadi, apa yang kamu nantikan lagi, datang lah beramai-ramai untuk sokong course anda atau kolej anda bagi memeriahkan lagi suasana!

Program akan bermula pada pukul 8.30pm di Speaker Corner. Cop akan disediakan. Jangan risau!


Wednesday, 30 March 2011

Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri 2011




KDP amat bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan pertandingan pidato Piala Perdana Menteri  (PABM) 2011, yang bertempat di PICC, Putrajaya pada 11 Mac.

Sebanyak dua buah bas digunakan untuk menghantar kami ke destinasi. Pelajar yang menyertai terdiri daripada ahli KDP serta peserta dari pertandingan debat Piala Seri Wacana dan pelajar dari Koko Debat.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri kita. Beliau telah merasmikan program tersebut.





Pertandingan pidato ini berperingkat antarabangsa, dan telah disertai oleh negara Malaysia, Afghanistan, Albania, Amerika, Belanda, Bangladesh, Jerman, Jepun, Itali, Rusia, Uk dan lain- lain.


Mungkin anda tertanya-tanya, "mereka berpidato dalam Bahasa Malaysia kah?". Jawapannya adalah ya. Para peserta pertandingan tersebut bercakap dalam Malaysia. Hebatkan. Masih ingat dulu bahasa kita merupakan bahasa lingua franca? Malaysia boleh!


Juara Pertandingan Pidato (Bahasa Melayu) PABM 2011 merupakan peserta dari Turki iaitu Halil Ibrahim. Berita selanjutnya boleh dilihat di sini PABM 2011.

Program ini ternyata banyak memberikan manfaat kepada kami yang menontonnya. Dan ribuan terima kasih kepada penasihat kelab debat & pidato yang telah mengiringi kami. Terima kasih juga kepada siswa dan siswi yang telah menyertai kami untuk memeriahkan suasana.




Amalina / Lina
" I jumble mumble my words, then I laugh"